Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat, mendedikasikan kejayaan pasukan itu ke pusingan 16, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) buat semua ‘Bangsa Johor’.
Harimau Selatan mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati dengan menewaskan wakil Korea Selatan, Pohang Steelers, 5-2 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri kelmarin.
Dengan kemenangan itu, JDT menamatkan saingan Liga Bahagian Timur ACLE di tempat ketiga dengan 14 mata daripada tujuh perlawanan hasil empat kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan.
“Apa yang saya boleh katakan, saya amat-amat gembira,” katanya dalam satu potongan video yang dikirimkan laman Facebook, Johor Southern Tigers.
sumber:- stadium astro
“Saya amat berbangga dengan pasukan ini, semua orang amat penting.”Ini semua untuk Johorean (Bangsa Johor). Ayuh Nikmatinya!”JDT akan bertemu seteru ASEAN, Buriram United, dalam dua perlawanan penentuan ke suku akhir bulan depan.