sukan

JDT sah lonjak carta Liga selepas AFC singkir Shandong

Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selaku pasukan ketiga terbaik Liga Bahagian Timur.

Dengan pengunduran Shandong Taishan, kemenangan pasukan lain ke atas kelab dari China itu terbatal serta-merta, termasuk kekalahan 0-1 JDT kepada kelab itu pada 26 November lalu.

Ia sekali gus menyaksikan Harimau Selatan menamatkan saingan Kumpulan B itu di tangga ketiga dengan 14 mata daripada tujuh perlawanan hasil empat kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan.

JDT membuka kempen dengan terikat 2-2 di laman Shanghai Port sebelum menewaskan Shanghai Shenhua 3-0 di Stadium Sultan Ismail (SSI), Iskandar Puteri.

Mereka kemudian tewas 1-3 di laman kelab Korea Selatan, Gwangju, sebelum menewaskan satu lagi wakil negara itu, Ulsan HD, di laman sendiri.

JDT kemudian terikat 1-1 dengan seteru ASEAN, Buriram United, di SSI dalam aksi pada 3 Disember lalu sebelum mencatatkan kemenangan 2-1 di laman kelab Australia, Central Coast Mariners.

Harimau Selatan menamatkan saingan liga dengan kemenangan bergaya 5-2 ke atas Pohang Steelers kelmarin, yang sekali gus melayakkan mereka ke pusingan 16 edisi perdana kejohanan tertinggi peringkat Asia berkenaan.

sumber:- stadium astro

Dengan menduduki tempat ketiga Kumpulan B, JDT akan kembali bertemu Buriram bagi dua perlawanan penentuan ke suku akhir bulan depan.