‘Tidak mustahil ke final’ – Aksi memukau Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika berdepan Pohang Steelers menghadirkan keyakinan dalam kalangan peminat bola sepak negara terhadap peluang skuad Harimau Selatan untuk mara lebih jauh dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25.
Pengarah teknikal KLFA, Sulaiman Hussin, berasakan anak buah Hector bidoglio mampu melakukan kejutan berdasarkan prestasi semasa dan lawan dalam pusingan 16 nanti.
Bakal juara Liga Super kali ke-11 itu akan berdepan Buriram United berbanding Gwangju setelah kedudukan akhir menyaksikan JDT di kedudukan ketiga dalam carta liga Zon Timur rentetan keputusan Shandong Taishan yang menarik diri.
“Melihat prestasi terkini ketika berdepan Pohang, mereka telah meletakkan satu standard yang tinggi di mana pasukan JDT boleh bersaing dengan kelab lebih besar, mungkin dengan pasukan seperti dari Jepun dan Benua Arab. Saya lihat peluang untuk ke final tidak mustahil untuk direalisasikan.” katanya.
Untuk rekod, saingan suku akhir akan diadakan menerusi format karnival atau ‘cross regional’ di Arab Saudi, April depan
Skuad Harimau Selatan itu telah mencipta empat kemenangan, dua kali tewas dan dua seri daripada lapan perlawanan untuk menghuni tangga keempat saingan Kumpulan A, ACLE.
sumber:- stadium astro
“Saya tidak terkejut jika JDT cipta kejutan besar dalam pusingan 16 ini, JDT dan Buriram pasukan besar di Asia Tenggara, ini perlawanan bagi menentukan ‘Raja Asia Tenggara'” tambahnya lagi.