sukan

TERKINI : Sah pasukan baharu lawan JDT di pusingan 16 selepas Shandon tarik diri

Penarikan diri Shandon Taishan bagi aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACLE) menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat perhitungan aksi pusingan 16 bertemu Buriram United.

Kemenangan 5-2 JDT ke atas Pohang Steelers semalam di Stadium Sultan Ismail membenarkan mereka diundi bertemu Gwangju, namun segalanya berubah apabila perkhabaran terkini melibatkan Shandon Taishan yang menarik diri daripada perlawanan bertemu Ulsan sekaligus menyaksikan penyertaan mereka dalam saingan ACLE kali ini dibatalkan.

sumber:- stadium astro

Bertemu Buriram, lawan JDT bagi aksi keenam yang berkesudahan dengan seri tanpa jaringan, menjadikan aksi berikut antara kedua-dua pasukan menjanjikan pertembungan yang menarik.