sukan

Komen Netizen Indonesia kejayaan JDT di ACLE tarik perhatian

Rata-rata penyokong bola sepak tanah air bersorak riang atas kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya membawa cabaran Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ke pentas pusingan 16.

Kemenangan 5-2 menyaksikan skuad Hector Bidoglio menamatkan cabaran dalam kelompok empat pasukan terbaik saingan Asia Timur.

Mereka pada asalnya bakal bertemu Gwangju di pusingan 16 namun Shandong Taishan yang mengambil keputusan menarik diri bagi aksi terakhir sekaligus membatalkan penyertaan mereka hingga lawan JDT bertukar kepada Buriram United.

Menerusi ruangan komen di Astro Arena, ramai yang memuji kejayaan JDT yang melangkah ke pentas pusingan 16.
Ada yang berkata, “Bila pengurusan bijak.. berbelanja besar pon tidak mengapa janji nampak hasil.”

Di sebalik itu, ramai yang terpegun dengan aksi bintang negara, Arif Aiman Md Hanapi, “Berbaloi-baloi…. JDTmmang mantap…Arif walaupun dikelilingi import tapi tetap berbisa…sempoi je jaringan dia.”

“Tahniah TMJ dan JDT.. depa dah 10x juara Liga.. tapi kita masih nak menafikan mereka..mereka dah peringkat tertinggi ACL Elite..tapi kita di mana..Masih nak menjatuhkan mereka.. mereka terus melangkah.. tahniah.”

sumber:- stadium astro

Terdapat juga ucapan dari Indonesia, yang berkata, “Saya dari Indonesia juga sangat suka dengan prestasi kelab JDT. Semua Rakyat malaysia harus dukung dan bangga JDT sebagai perwakilan negara Malaysia.”