sukan

Harga Tonggak baharu JDT bukan calang-calang

Kehadiran Alvaro Gonzalez yang juga rakan karib Cristiano Ronaldo di kelab Arab Saudi, Al-Nassr sebelum ini menyaksikan tonggak pertahanan tengah kental itu muncul pemain kedua termahal Johor Darul Ta’zim (JDT) Ketika ini.

Menerusi tanda harga pemain kelahiran Sepanyol itu di laman sesawang Transfermark.Com, Gonzalez kini bernilai €1 juta (RM4.5 juta) sekali gus mengatasi Jordi Amat pada nilai RM3.4 juta.

Begitupun, pemain termahal JDT masih lagi dipegang pemain tengah importnya iaitu Jalil Elias dengan tanda harga RM11 juta.

Menurut Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah, beliau percaya kehadiran pemain berkualiti seperti Gonzalez bakal memberi impak bermakna buat JDT khususnya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

“Bagus (bawa masuk Gonzalez) pemain yang ada pengalaman, yang ada pendedahan bermain di liga besar. Walaupun tak main dalam Liga Malaysia (liga M) dan hanya main dalam ACLE, tapi ia akan beri kesan secara langsung kepada JDT.

“Kita boleh lihat impak beberapa pemain ‘marquee player’ sebelum ini memang beri sesuatu kesan positif sama ada di dalam padang mahupun di luar padang buat JDT. Saya fikir, dia akan dapat perkuatkan JDT,” katanya kepada Arena Metro.

Untuk rekod, Gonzalez tiba ke JDT selepas dilepaskan oleh kelab Arab Saudi, Al-Qadsia dan miliki pengalaman luas bermain di Liga Sepanyol dan Perancis bersama pasukan ternama seperti Zaragoza, Espanyol, Villarreal dan Marseille.

Selain Gonzalez, dua lagi bekas rakan sepasukannya di skuad remaja Sepanyol bawah 21 tahun turut menyertai skuad Harimau Selatan iaitu Jonathan Viera dan Roque Mesa.

Ditanya mengenai usaha berterusan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meningkatkan prestasi pasukan dengan membawa masuk pemain berkualiti dalam ACLE, beliau yakin wakil negara itu mampu melangkah jauh pada kempen kali ini.

sumber:- HM

“Bagi saya usaha Tunku Ismail harus dipuji, tidak pernah berasa selesa dan sentiasa mahu mencabar kejuaraan. Sikap ini harus dicontohi dan kita harap JDT akan pergi jauh musim ini,” katanya.