DNA Sepanyol menjadi pilihan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mengumumkan ketibaan Jonathan Viera dan Roque Mesa.
Viera merupakan produk akademi Las Palmas dan meninggalkan Almeria dalam kancah LaLiga untuk berkelana ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kini pada usia 35 tahun, pemain tengah itu memilih Liga Super bagi membuka satu lagi lembaran baru dalam kariernya.Harimau Selatan terlebih dahulu memperkenalkan Alvaro Gonzalez yang dijangka bakal mengisi ruang pertahanan.
sumber:- stadium astro
Selepas itu, pemain tengah, Roque Mesa Roque Mesa Quevedo, yang kali terakhir mewakili Sporting Gijon sah menyertai JDT.