sukan

TERKINI : Keputusan aksi Pearly-Thinaah di penentuan ke suku akhir

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mengiringi empat wakil negara ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia selepas menewaskan Taiwan straight set 21-19, 21-16 di Istora Senayan, sebentar tadi.

Pasangan ranking ketujuh dunia itu memerlukan 34 minit sahaja untuk menumpaskan Hu Ling-fang-Jheng Yu Chieh untuk mara ke suku akhir kejohanan bertaraf super 500 itu.

sumber:- stadium astro

Turut mempamerkan konsistensi berterusan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun tidak terburu-buru menundukkan gandingan adik-beradik dari Taiwan, Fang Chih Lee-Fang Jen Lee, sekali gus mengikut jejak langkah Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik bagi membawa cabaran Malaysia memburu kejuaraan di negara jiran.