sukan

TERKINI : Keputusan aksi Goh Jin Wei berdepan wakil Taiwan di Indonesia

Pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei, tidak berhasil ke pusingan seterusnya selepas tewas kepada wakil Taiwan dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senaya, sebentar tadi.

Selepas perlawanan pembukaan Jelajah Dunia BWF dalam Terbuka Malaysia, Jin Wei terpaksa akur langkahnya terhenti seawal peringkat pertama dalam kejohanan bertaraf super 500 itu.

Begitupun, Wen Chi Hsu menempuh jalan berliku sebelum mengalahkan Jin Wei apabila perlu bertarung dalam aksi tiga set 21-14, 19-21, 21-14.

sumber:- stadium astro

Tempoh 46 minit menjadi saksi kepada kemenangan Wen Chi Hsu meskipun Jin Wei melakar kebangkitan pada set kedua.