sukan

“KL City sebelum ini adalah pakar kejohanan”

Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) FC tetap berpeluang bergelar juara dalam saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) walaupun berada di tangga ketiga kumpulan B.

Tonggak skuad The City Boys Brendan Gan berkata, dia akan berusaha membantu pasukan mencipta kemenangan pada dua baki perlawanan menentang Hanoi (CAHN) dan Buriram United.

Brendan yang juga pemain kebangsaan berkata, barisan pemain KL City sudah bersedia memberikan persembahan terbaik dalam memastikan pasukannya mampu melangkah lebih jauh.

“Sudah pasti kami masih berpeluang meneruskan kemaraan walaupun ia kelihatan sukar. Aksi berdepan Hanoi dan Buriram selepas ini hanya dua perlawanan yang tiada perlawanan timbal balik, jadi kami hanya perlu pastikan aksi terbaik dalam dua perlawanan itu.

“KL City sebelum ini adalah pakar kejohanan kerana apabila bersaing dalam kejohanan sebegini, kebiasaannya kami berjaya meraih keputusan positif,” katanya.

Mengikut rekod, KL City ketika ini berada di tangga ketiga kumpulan B selepas mencatatkan dua kemenangan dan tewas sekali kepada Lion City Sailor sekali gus mengumpul enam mata.

sumber:- BH

KL City akan menerima kunjungan Hanoi pada Khamis ini sebelum dijadualkan menentang Buriram United di Arena Chang, 6 Februari ini.