sukan

Terengganu masih berpeluang rebut kejuaraan

Peluang Terengganu FC untuk merebut Kejuaraan Kelab Asean dalam saingan Piala Shopee masih lagi tetap ada walaupun ketika ini pasukan itu menghuni tangga keempat kumpulan A.

Keyakinan itu disuarakan tonggak Terengganu FC, Safawi Rasid yang melihat Terengganu FC sudah pastinya bangkit pada baki dua perlawanan akan datang dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam kumpulan.

Safawi yang juga pemain sayap kebangsaan berkata, walaupun prestasi skuad Peteh dalam saingan Piala Shopee kurang konsisten, dia percaya pasukannya berupaya bangkit dalam dua aksi getir selepas ini.

“Peluang itu masih ada dan kerana itu saya harap rakan sepasukan semua bersedia mengerah segala kudrat dalam dua aksi selepas ini kerana kami amat memerlukan mata maksimum.

“Sudah tentu kejayaan menewaskan wakil Myanmar Shan United 5-0 di laman lawan Rabu lalu memberikan motivasi buat kami berdepan PSM dan juga BG Pathun United nanti.

“Saya juga berasa lebih tenang beraksi musim ini serta turut berpuas hati dengan prestasi saya musim ini. Saya rasa lebih fokus menghadapi setiap perlawanan,” katanya.

sumber:- HM

Terengganu FC ketika ini sekadar mencatat empat mata selepas tiga perlawanan dan wajib merakam kemenangan ke atas PSM Makasar pada Rabu ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin serta aksi berdepan kelab Thailand, BG Pathum United pada 5 Februari depan di laman lawan untuk memastikan kemaraan ke separuh akhir.