sukan

Bukan Legenda Malaysia idola Sze Fei-Izzuddin

Menjadikan legenda Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan sebagai idola jelas sekali membantu gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk menamatkan kemarau 15 tahun beregu lelaki merangkul gelaran Terbuka India selepas mereka muncul juara di New Delhi semalam.

Sentuhan tajam di jaring dan penguasaan dalam pertukaran pantas pendek yang sinonim dengan gaya ‘The Daddies’ dipamerkan dengan penuh cemerlang oleh Sze Fei-Izzuddin sehingga mampu merangkul trofi sulung tahun ini dan melupakan kekecewaan di Terbuka Malaysia dua minggu lalu.

Bagaimanapun, menewaskan pasangan Korea, Kim Won Ho-Seo Seung Jae 21-15,13-21, 21-16, bukanlah tugas mudah apabila perlawanan berlangsung sengit hingga ke set penentuan sekali gus menimbulkan debaran tahap tinggi baik penonton di stadium mahupun di kaca televisyen.

Mereka yang dijangka masih kekal berada di ranking kedua dunia sehingga minggu ini bagaimanapun berjaya memanfaatkan peluang penting pada detik-detik yang paling kritikal untuk memastikan kemenangan berjaya dalam genggaman.

Berikutan pengumuman persaraan Ahsan-Hendra yang dijadualkan minggu depan di Masters Indonesia (aksi terakhir), Sze Fei-Izzuddin tidak ketinggalan memberi penghormatan kepada ikon yang memberi inspirasi kepada karier mereka.

“Idola kami adalah Hendra dan Ahsan. Kami memang sedaya upaya meniru gaya permainan mereka,” kata Sze Fei.

“Kami gembira kerana berjaya mengatasi cabaran minggu lalu. Won Ho-Seung Jae jarang membuat kesilapan sendiri, jadi komunikasi antara kami di gelanggang amat penting. Mereka menambah kelajuan permainan pada set kedua, jadi kami perlu menyesuaikan diri dengan pantas. Pingat ini bukan hanya bermakna kepada kami tetapi juga kepada seluruh pasukan, jadi terima kasih kepada mereka.”

Sementara itu, Izzuddin turut menzahirkan rasa kagum terhadap pengaruh ‘The Daddies’ terhadap perkembangan karier mereka.

“Jika kami terus konsisten, kami boleh mencapai ranking lebih tinggi, mungkin nombor satu dunia,” kata Izzuddin.

“Kunci kemenangan adalah kesabaran dan meminimumkan kesilapan sendiri.”

Kemenangan semalam membolehkan Sze Fei-Izzuddin membawa pulang RM316,212.28.

Kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara di Terbuka India adalah pada tahun 2010 yang dimenangi oleh Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari.

Ini adalah pertemuan sulung bagi kedua-dua pasangan dengan Izzuddin-Sze Fei dengan beregu Korea Selatan itu baru sahaja muncul juara di Terbuka Malaysia dua minggu lalu.

Berdasarkan pengiraan ranking secara kasar Sze Fei-Izzuddin dijangka kekal di tangga kedua dunia dengan mengutip 91, 876 mata, manakala tangga teratas masih kekal milik pasangan Denmark, 95,003.

sumber:- HM

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan melakukan kemas kini ranking dunia esok.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago