Sabah FC gagal mencapai misi meraih bekalan selesa menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia apabila seri 1-1 dengan Sri Pahang di Stadium Likas, sebentar tadi.
Tuan rumah mendahului menerusi rembatan leret Stuart Wilkin pada minit kesembilan selepas bola yang pada mulanya dapat dirampas pemain pertahanan Sri Pahang terpantul kembali ke kakinya ketika aksi mendebarkan di hadapan gawang lawan.
Cubaan pantas Stuart gagal dihalang penjaga gol pelawat, Zarif Irfan Hashimuddin yang tidak menduga tindakan pemain tengah skuad Sang Badak itu meskipun pergerakan bola agak perlahan menuju ke penjuru kiri gawang.
Bagaimanapun, tuan rumah kurang bernasib baik apabila akhirnya gawang yang dipertahan habis-habisan dibolosi juga akhirnya pada minit ke-66 hasil rembatan silang kapten Sri Pahang, Kpah Sherman.
Kejayaan menyamakan kedudukan 1-1 itu memberi keyakinan kepada Sri Pahang untuk mengekang tuan rumah daripada meraih bekalan selesa bagi separuh akhir kedua nanti.
sumber:- BH
Sabah juga gagal memanfaatkan kelebihan berdepan 10 pemain sepanjang 20 minit terakhir apabila Manuel Hidalgo dilayangkan kad merah pada minit ke-70 kerana memijak kaki Darren Lok.