Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menepati ramalan apabila layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India dengan menewaskan pasangan Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, di New Delhi sebentar tadi.
Turun sebagai gandingan pilihan ketiga, Tang Jie dan Ee Wei mempamerkan penguasaan pada awal permainan tetapi menuju ke pertengahan set pertama mereka beberapa kali dipintas lawan sebelum kembali mendominasi untuk menamatkan set berkenaan dengan kemenangan 21-16.
Skrip berbeza berlaku dalam set kedua, di mana beregu negara itu jauh ketinggalan 6-12 tetapi mereka kemudian meraih 10 mata berturut-turut untuk mendahului 16-12 dan seterusnya menamatkan saingan dengan kemenangan 21-17 selepas secara keseluruhan bertarung selama 43 minit.
sumber:- stadium astro
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, dan wakil Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, bagi penentuan ke final esok.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More