sukan

Sze Fei-Izzuddin sahkan kemaraan

BEREGU badminton nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan momentum positif apabila mara ke suku akhir Terbuka India.

Sze Fei-Nur Izzuddin mengesahkan kemaraan selepas menewaskan rakan senegara, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King dalam pusingan kedua.

Beregu nombor dunia itu menjinakkan gandingan ke-23 ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) straight set dalam aksi 44 minit.

Set pertama Sze Fei-Nur Izzuddin juga pilihan ketiga diberikan tentangan sengit sebelum menang 25-23 diikuti 21-19 untuk berdepan wakil Taiwan juga gandingan nombor 25 dunia, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen.

sumber:- SH

Kemaraan Fei-Din melengkapkan kemaraan wakil Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita), Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (beregu campuran).