BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka India Super 750 selepas menewaskan Peeractchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul di New Delhi pada Khamis.
Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi itu bagaimanapun menyaksikan Aaron-Wooi Yik dipaksa bergelut sebelum menjinakkan pasangan dari Thailand berkenaan.
Beregu nombor lima dunia itu bermula baik set pertama, namun beberapa kesilapan mudah menyaksikan mereka tunduk 22-20 set pertama.
Set kedua, Aaron -Wooi Yik kembali semula dalam permainan apabila menyamakan kedudukan selepas menang 21-16 untuk mengheret aksi ke set penentuan yang dimenangi 21-18 dalam masa 56 minit.
Langkah positif Aaron -Wooi Yik turut diikuti beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang menang ke atas Prerana Alvekar-Mrunmayee Deshpande.
Beregu nombor tujuh dunia itu menang mudah set pertama 21-8, sebelum tampil sedikit goyang untuk keluar sebagai pemenang 21-19 set kedua dalam masa 27 minit.
Beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut mara setelah menundukkan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati straight set, 21-17, 21-17 dalam masa 36 minit.
Bagaimanapun cabaran satu lagi beregu campuran negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien berakhir apabila tewas kepada wakil Jepun, Yuta Watanabe dan Maya Taguchi, 17-21, 15-21 dalam masa 36 minit.
sumber:- SH
Turut sama mengakhiri cabaran dua beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Lim Tze Jian-Wong Tien Ci apabila masing-masing tewas kepada wakil China, Wang Chang-Liang Wei Keng, 12-21, 21-19, 15-21 serta Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, 21-19, 10-21, 14-21.