sukan

Bukan main-main lagi, kali ini serius

Kelantan Red Warrior (KRW) nyata serius mahu mengembalikan kegemilangan pasukan Kelantan apabila memilih Irfan Bakti Abu Salim sebagai ketua jurulatih.

Irfan Bakti bukan nama asing kerana berpengalaman lebih 30 tahun dalam kancah bola sepak negara.

Malah jurulatih berusia 74 itu pernah mengendalikan beberapa pasukan seperti Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan selain memimpin pasukan Kuching City FC pada 2023.

Kepulangan Irfan memimpin pasukan Pantai Timur itu ibarat sirih pulang ke gagang apabila pernah berkhidmat sebagai penolong jurulatih ketika The Red Warriors (TRW) dipimpin Datuk M Karathu.

Jurulatih kelahiran Perak itu pernah menyarung jersi skuad kebangsaan selain menjadi pertahanan Kelantan.

Kehadiran Irfan Bakti itu disahkan Presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan di Facebook pasukan itu, hari ini.

sumber:- HM

Dalam kenyataan rasmi itu, pasukan mengalu-alukan kehadiran Irfan dan meminta penyokong terus memberikan sokongan padu kepada pasukan yang ‘dilahirkan semula’ selepas kehilangan TRW dalam peta bola sepak negara.