sukan

JDT pecah rekod lagi

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva, positif dalam memulakan tahun 2025 selepas memacu kemenangan Harimau Selatan menewaskan Sabah 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.

Dia menjaringkan dua gol dalam aksi minggu ke-17 Liga Super 2024/25 itu sekali gus meneruskan rekod 77 perlawanan tanpa kalah JDT dalam saingan liga.

Kemenangan besar itu menyaksikan kedudukan skuad kendalian Hector Bidoglio terus unggul di persada Liga Super dengan 49 mata selepas 17 perlawanan.

Kemenangan 4-0 Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi ke-18 (LS18) pusingan kedua Liga Super Malaysia 2024-25 menentang Sabah FC menyaksikan catatan rekod 29 kemenangan berturut-turut di laman sendiri dalam kejohanan Liga Super Malaysia sejak 24 Jun 2022 sekali gus memecahkan rekod sendiri yang diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records’ pada 19 Julai 2019 iaitu kemenangan berterusan paling banyak (28 perlawanan). Luaskan Kuasamu Johor.

“Hi semua, Assalamualaikum, kami memulakan tahun 2025 dengan mentaliti dan sikap yang sama, kami perlu teruskan momentum dan bersedia untuk cabaran seterusnya.

sumber:- stadium astro

“Terima kasih atas sokongan anda semua, tiga mata lagi hari ini (kelmarin). Luaskan kuasamu Johor.” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebook JDT.