sukan

Jangan mudah ‘berkecil hati’ — Safawi

Barisan pemain tempatan jangan mudah patah semangat atau ‘berkecil hati’ dengan kehadiran tonggak kacukan atau naturaliasi baharu dalam barisan Harimau Malaya.

Tonggak Harimau Malaya Safawi Rasid berkata, peluang untuk pemain tempatan menyarung jersi skuad Harimau Malaya tetap ada dengan syarat perlu berusaha gigih mempertingkatkan prestasi ke tahap optimum.

Safawi yang juga pemain Terengganu FC berkata, peluang ‘ubi’ muda untuk berada dalam senarai pemain kebangsaan turut tidak terjejas jika mampu bersaing dengan tonggak kacukan atau naturalisasi.

“Keputusan siapa yang akan bermain untuk pasukan kebangsaan akan ditentukan oleh ketua jurulatih. Dalam liga, setiap pemain perlu menunjukkan prestasi untuk mendapat perhatian bagi pemilihan.

“Jika kamu menjaringkan gol atau memberi sumbangan jaringan, ia akan meningkatkan peluang untuk dipilih,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jelajah trofi Piala Shopee Kejuaraan Kelab Asean, di sini, sebentar tadi.

Sebelum itu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa pasukan negara bakal diperkuatkan sekurang-kurangnya enam pemain warisan gred A.

Jika semula berjalan lancar maka, skuad kendalian Peter Cklamovski bakal tampil selaku pasukan ‘terkuat’ dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 apabila akan diperkuatkan dengan pemain warisan pada kejohanan itu nanti.

Justeru, Tunku Ismail memohon kerjasama daripada Kerajaan Malaysia bagi membantu memudahkan urusan beberapa pemain itu untuk mendapatkan pasport negara ini.

sumber:- HM

Berdasarkan kepada situasi terkini, setakat ini tiada perkhabaran mengenai enam atau tujuh identiti pemain kacukan berkenaan yang bakal menyarung jersi skuad Harimau Malaya kelak.