Manchester United meraih kemenangan dramatik ke atas Arsenal dalam saingan Piala FA, namun perhatian tertumpu kepada insiden melibatkan Manuel Ugarte.
Ketegangan tercetus apabila pengadil Andy Madley menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal setelah pertelingkahan antara Harry Maguire dan Kai Havertz ketika kedudukan terikat 1-1. Situasi menjadi lebih tegang apabila Maguire cuba menghadapi Havertz, mencetuskan pergaduhan besar yang melibatkan beberapa pemain. Dalam kekecohan tersebut, Ugarte dilaporkan telah menanduk Havertz.
Memandangkan VAR tidak digunakan dalam pusingan ketiga dan keempat Piala FA, insiden tersebut terlepas daripada penelitian pengadil. Walau bagaimanapun, tindakan Ugarte masih boleh dikenakan tindakan retrospektif oleh pihak berkuasa bola sepak, yang boleh mengakibatkan penggantungan tiga perlawanan jika disabitkan kesalahan.
sumber:- stadium astro
Dalam perkembangan perlawanan, penjaga gol Manchester United, Altay Bayindir, muncul wira apabila berjaya menepis sepakan penalti Martin Odegaard. Perlawanan yang berakhir dengan keputusan 1-1 selepas 120 minit akhirnya memihak kepada United yang menang melalui penentuan sepakan penalti.