Jika artis terkenal Taylor Swift mampu meraih kejayaan menerusi jelajah konsert The Eras Tour, kenapa tidak Viktor Axelsen?
Pemenang emas dua kali perseorangan lelaki Sukan Olimpik itu mengadakan sesi bertemu peminat sempena Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena di sini hari ini.
Namun apa yang menarik perhatian ialah poster acara itu yang menyerupai poster ikonik jelajah konsert Taylor baru-baru ini.
Reka bentuk poster yang berwarni-warni itu menampilkan gambar jaguh Denmark itu sepanjang perjalanan kerjayanya yang gemilang sama seperti konsep pelbagai era perjalanan karier Taylor.
sumber:- HM
Pemain berusia 31 tahun itu turut mengenakan kemeja-T hitam yang menampilkan rekaan menyerupai poster jelajah beliau dengan tulisan ‘Busy Chasing Dreams Victory World Tour 2010-2024’ pada bahagian hadapan manakala pada bahagian belakang tertera senarai pencapaian bintang badminton itu.