Perjalanan beregu campuran profesional negara terhenti seawal pusingan 32 akibat tumpas kepada pasangan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, dalam Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Meskipun terlebih dahulu mendahului 18-15, gandingan di ranking ke-19 dunia itu menerima tentangan sengit tatkala wakil dari Jepun itu melakar kebangkitan segera dengan mengikat permainan 20-20.
Tanpa melengahkan masa, pasukan lawan menutup aksi set pertama dengan kemenangan 22-20 dengan mempamerkan prestasi menakjubkan dalam gelanggang untuk memberi tekanan kepada pemain negara.
Momentum kecemerlangan itu diteruskan oleh pasangan di kedudukan ke-14 dunia itu yang menjarakkan sebayak lapan mata untuk berada di depan 11-4 di set kedua.
Tiada ruang buat Kian Meng-Pei Jing melakukan kejutan tatkala Hiroki-Natsu menafikan kebolehan gandingan negara di tempat sendiri dengan kemenangan straight set 22-20, 21-10.
Kian Meng terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Malaysia ekoran ini menjadi aksi terakhirnya dalam kejohanan bertaraf super 1000 itu.
sumber:- stadium astro
Tan Kian Meng, akan mengumumkan persaraannya daripada arena badminton dan dijangka berpisah dengan Pei Jing selepas saingan All England 2025 yang akan berlangsung Mac ini.