sukan

Manchester City kembali ‘menggila’

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berkata dia boleh tidur lebih lena selepas kemenangan 4-1 ke atas West Ham United, tetapi tidak menganggap pasukannya kembali menjadi ‘Manchester City lama’.

Erling Haaland meledak dua gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak September dan Savinho membantu tiga gol dalam kemenangan City yang meletakkan mereka di tangga keenam dan dua mata di belakang Chelsea di tangga keempat.

Walaupun City menang dua kali berturut-turut buat pertama kali sejak Oktober, Guardiola berkata ia tidak bermakna prestasi merudum mereka sudah berakhir.

“Tidak, anda hanya melihat keputusan. Kami melihat daripada segi tahap kami. Kami tidak berada pada tahap sebenar.”Jangan salah faham. Saya sangat gembira. Saya akan tidur lebih baik sehingga Piala FA (City menentang Salford City pada 11 Januari).

“Anda melihat permainan selama bertahun-tahun, kami tidak berada di tahap sepatutnya. Menentang Everton kami bermain lebih baik berbanding hari ini. Tetapi kami seri, krisis besar, tragedi.

“Sudah tentu ada aspek positif. Jika anda tanya saya adakah pasukan bermain seperti tahun-tahun sebelum ini, sudah tentu tidak,” kata Guardiola selepas aksi di Stadium Etihad.

sumber:- BH

Kevin De Bruyne membantu jaringan Phil Foden di babak kedua untuk bantuan gol ketiganya musim ini.Savinho membantu kedua-dua gol Haaland dan percubaannya pada minit ke-10 mencetus jaringan sendiri Vladimir Coufal. – REUTERS