Hasil awal revolusi Harimau Malaya dianggap akan dapat disaksikan pada tanggal 31 Mac 2026 iaitu selepas aksi menentang jaguh Asia Tenggara, Vietnam di gelanggang lawan.
Pertembungan Malaysia dan Vietnam itu adalah aksi terakhir dalam Kumpulan F bagi kelayakan Piala Asia 2027 yang mana ia dijangka menjadi penentu perjalanan pasukan untuk ke pusingan akhir kejohanan di Arab Saudi.
Harimau Malaya dan Naga Emas yang masing-masing berada di ranking 132 dan 114 dunia diundi dalam kumpulan sama dengan dua pasukan ranking lebih rendah, Nepal (175) dan Laos (186).
Berdasarkan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia dan Vietnam dianggap sebagai dua pasukan pilihan utama dengan hanya juara kumpulan yang akan meraih tiket ke Arab Saudi.
Harimau Malaya sedang melalui proses revolusi dengan ketua jurulatih baharu, Peter Cklamovski dan pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Nafuzi Zain sudah memulakan tugasnya secara rasmi, semalam.
Malah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengumumkan tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Robert Douglas Friend juga akan bermula bulan ini.
sumber:- BH
Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar menyifatkan semua individu terbabit harus berkolaborasi dengan baik dalam usaha memastikan skuad Harimau Malaya yang lebih mantap dapat dibentuk terutama bagi kempen kelayakan Piala Asia 2027.