sukan

Patutla nak ke Real Madrid

Trent Alexander-Arnold dijangka menerima bayaran £100 juta (RM560 juta) jika dia menyertai Real Madrid.

Juara Eropah itu sedia membayar £20 juta (RM112 juta) untuk mengikat pertahanan kanan Liverpool berusia 26 tahun itu dalam jendela perpindahan semasa.

Namun keputusan Real untuk mengumumkan minat mereka secara rasmi dilihat sebagai strategi untuk akhirnya mengikat pemain itu secara percuma pada musim panas akan datang.

Alexander-Arnold pula dijangka menerima jumlah wang yang lumayan jika dia menandatangani perjanjian bersama Real.Real sedia meningkatkan gaji semasa £180,000 (RM1 juta) seminggu yang diterima pertahanan kanan England itu di Anfield.

Namun paling mengujakan adalah bayaran ketika menandatangani perjanjian.Apabila Kylian Mbappe berpindah ke Real dari Paris Saint-Germain pada musim panas lalu, dia bersetuju dengan bayaran tandatangan £128 juta (RM717 juta) – yang perlu dibayar sepanjang tempoh lima tahun kontraknya.

Ia selain gaji tahunan £12.8 juta (RM71.7 juta) – yang bersamaan dengan hampir £250,000 (RM1.4 juta) seminggu.

Sekalipun Alexander-Arnold tidak mampu menyamai pakej keseluruhan Mbappe £192 juta (RM1.07 bilion), dia tetap akan muncul antara pemain dengan bayaran paling tinggi di dunia.

Laporan di Sepanyol mendakwa lulusan akademi The Reds itu memberitahu pemimpin di Anfield dia mahu menyertai Real dan meneroka cabaran baharu selepas 20 tahun di kelab itu.

Namun sumber Merseyside menyatakan kelab menafikan perkara itu dan masih cuba untuk menawarkan Alexander-Arnold – selain Mohamed Salah dan Virgil van Dijk – satu perjanjian baharu.

sumber:- BH

Real Madrid turut didakwa berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Arsenal, William Saliba. – AGENSI