Ruben Amorim menganggap ia sesuatu yang memalukan buat pengendali Manchester United untuk bercakap tentang risiko penyingkiran, tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan selepas kekalahan 2-0 kepada Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Alexander Isak dan Joelinton meletakkan Newcastle di depan menerusi tandukan dalam babak pertama aksi di Old Trafford.Skuad kendalian Amorim memasuki Tahun Baru di tangga ke-14 liga, lebih hampir kepada zon penyingkiran berbanding kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.
“Saya rasa (penyingkiran) adalah satu kemungkinan dan kami perlu jelas dengan penyokong-penyokong kami.”Kami perlu mengubah sesuatu tetapi musim ini sangat sukar untuk semua orang. Ia mampu menjadikan kami lebih kuat dan kami perlu berjuang.
“Ia juga salah saya buat masa ini, kerana saya rasa pasukan tidak menunjukkan peningkatan, hilang arah ketika ini.”Ia sedikit memalukan untuk menjadi seorang jurulatih United dan tewas banyak perlawanan. Tetapi kami perlu menanganinya, jadi ia tempoh yang sukar,” kata Amorim.
Amorim memulakan karier di United dengan lima kekalahan dalam lapan aksi pertama liganya – rekod terburuk untuk pengendali Man United dalam tempoh 103 tahun.
Taktikal 3-4-3 Amorim kini mula dipersoalkan. Masalah di bahagian benteng yang menghantui Erik ten Hag kini kembali menyelubungi Amorim, dengan kedua-dua jaringan Newcastle berpunca daripada kesilapan barisan pertahanannya.
sumber:- BH
Paling ketara ialah ketika Amorim mengeluarkan Joshua Zirkzee pada minit ke-33 yang disambut cemuhan penyokong tuan rumah di Old Trafford. – REUTERS