sukan

“Tiada ada rasa hormat ” — Pemain import Palestin

Pemain import Palestin, Oday Kharoub dikatakan berhasrat mahu menamatkan kontrak lebih awal dengan pasukan Kelantan Darul Naim (KDN) FC.

Oday, 31, dikatakan bertindak demikian berikutan masalah gaji dan layanan buruk diterima pemain.

Berita ini dikongsikan dalam laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Dalam penulisan itu, Oday yang juga kapten pasukan mendakwa sudah empat bulan tidak dibayar gaji yang menyebabkan dia kecewa dan berhasrat mencari peluang bermain di tempat lain.

“Tiada ada rasa hormat, panggilan telefon tidak dibalas, tiada latihan di stadium kerana tidak membayar sewa padang latihan.”Saya ada menerima tawaran daripada Andeh di Thailand, Indonesia dan Qatar, saya akan tamatkan kontrak,” kata kenyataan Oday dalam penulisan yang disebarkan itu.

Pemain tengah itu dikatakan turut meluahkan rasa kesal kerana hasrat bermain dengan skuad Kijang Hijau adalah untuk menghantar wang kepada keluarga yang menderita akibat perang.

Bagaimanapun, media masih berusaha mendapatkan pengesahan dan kenyataan sebenar daripada pemain Palestin itu.

sumber:- HM

Pihak KDN FC pula ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung isu itu.