sukan

Isteri Irfan Zakaria berang dan sudah hilang sabar

Isteri kepada pemain bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC, Irfan Zakaria seperti sudah hilang sabar melihat situasi yang dialami oleh suaminya apabila mendakwa pihak pengurusan seperti tidak bertanggungjawab kerana tidak membayar gaji selama sembilan bulan.

Isterinya, Mas Hamizah Izhar meluahkan rasa kekecewaan itu di media sosial miliknya dan melihat pemain seperti dianiaya tanpa belas kasihan oleh pihak atasan.

“Sampai bila Kedah FC ini nak berhutang dengan player (pemain)? Kalau tak ada duit, tutup sahajalah.”Tak rasa berdosa ke aniaya orang? Player (pemain) ada anak bini (isteri) nak tanggung ada komitmen lain.

“Sembilan bulan sudah woiii, teruk betullah team (pasukan) macam ini,” katanya di media sosial miliknya.

Isu tunggakan gaji membabitkan pasukan KDA FC itu bukan perkara baharu malah ia seperti normalisasi buat mereka ketika ini apabila pemain terus terbeban dengan perkara itu.

Lebih menyedihkan apabila ada pemain yang tidak dapat menikmati gaji penuh sedangkan tahun 2024 sudah mahu menutup tirainya.

Malah, kemelut dalaman membabitkan pasukan KDA FC menyebabkan barisan pemain memboikot sesi latihan sebelum ini.

sumber:- BH

Tindakan memulau sesi latihan diambil sebagai isyarat kepada pihak pengurusan kelab atas kegagalan membayar gaji pemain sejak awal musim ini.