Skuad Harimau Malaya akan lebih mengaum selepas ini apabila beberapa pemain kacukan yang beraksi di luar negara sudah dikenal pasti dan kemungkinan akan dibawa ‘pulang’ kelak.
Situasi terbabit diakui Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang mengakui memantau perkembangan pemain warisan luar negara dan bakal meneruskan usaha mencari dengan lebih meluas.
“Yang ada ada itu apabila ditanya, ada yang tak tahu pun Malaysia dekat mana. Perkataan lebih tepat ialah ‘Saya bukan orang Malaysia, dan di mana Malaysia sebenarnya.
“Kami dah buat kajian dan menyapa mereka tetapi pencarian akan tetap diteruskan dengan lebih luas lagi,” tambah Tunku Ismail di laman X.
Jika beberapa pemain kacukan gred A dapat diserap ke dalam skuad Harimau Malaya sudah pastinya akan bertambah kekuatan pasukan dalam mengharungi kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula Mac 2025.
Berdasarkan undian Kelayakan Piala Asia 2027 oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyaksikan Harimau Malaya yang menghuni tangga ke-132 dunia diundi berdepan Vietnam Nepal dan Laos.
Jurulatih baharu Harimau Malaya Peter Cklamovski bakal menggalas tugas membawa skuad Harimau Malaya melepasi cabaran itu untuk menempah tiket ke Piala Asia 2027.
sumber:- HM
Mengikut rekod, setakat ini, tiada lagi nama pemain kacukan baharu yang diumumkan pengurusan Harimau Malaya dan perkara itu antara yang dinantikan penyokong bola sepak tanah air.