Ruben Amorim mengakui bahawa dia “tidak tahu” berapa lama masa yang diperlukan untuk memulihkan Manchester United, sambil menyatakan bahawa fokusnya kini adalah untuk “bertahan” selepas kekalahan kepada Wolves yang menyebabkan beliau mencatatkan permulaan terburuk oleh mana-mana pengurus di Old Trafford dalam tempoh hampir 100 tahun.
Kekalahan 0-2 di Molineux, kekalahan ketiga berturut-turut United menjadikan Amorim pengurus United pertama yang tewas lima atau lebih daripada 10 perlawanan pertama sejak Walter Crickmer pada Januari 1932.
“Saya tidak tahu. Tiada idea. Daripada saya cuba memahami berapa lama masa yang diperlukan, lebih baik ambil masa satu hari demi satu hari,” kata Amorim ketika ditanya berapa lama masa yang diperlukan untuk ideanya memberi impak.
“Memperbaiki, cuba melihat video, menggunakan setiap minit latihan dan cuba mendapatkan beberapa mata kerana ini sangat penting pada masa ini.
“Pada masa ini, kita hanya perlu bertahan dan memerlukan sedikit masa untuk bekerja dengan pasukan.”
“Kami sudah tahu ia akan jadi seperti ini. Saya memulakan pekerjaan ini dengan pasukan, idea baru, tanpa masa untuk berlatih, dengan banyak perlawanan yang sukar,” katanya.
Kekalahan itu menyebabkan United lebih dekat dengan zon penyingkiran berbanding tempat Liga Juara-Juara menjelang perlawanan terakhir mereka pada 2024 di laman sendiri menentang Newcastle yang sedang dalam keadaan terbaik.
sumber:- BH
Selepas kekalahan di suku akhir Piala Liga kepada Tottenham minggu lalu dan kekalahan di laman sendiri kepada Bournemouth, keadaan semakin buruk untuk United di Molineux. – AFP