sukan

Piala ASEAN : Vietnam terpaksa akur

Vietnam menyedari Stadium Jalan Besar bakal menawarkan cabaran berbeza untuk barisannya mengulangi kejayaan 2018.

Mereka bukan sahaja perlu menyesuaikan diri dengan permukaan rumput tiruan ketika bertandang untuk perlawanan pertama separuh akhir Kejohanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, malam ini.

Ketua jurulatih skuad Naga Emas, Kim Sang Sik, menyedari mereka bakal kehilangan sorakan pemain ke-12 apabila hanya akan ditemani 70 orang penyokong.

“Walaupun hanya sebilangan kecil peminat sahaja berada di tempat penyokong, kami bertekad mengurat kudrat bagi menggembirakan penyokong di tanah air.

sumber:- stadium astro

“Kasih sayang dan dorongan penyokong memberi inspirasi kami untuk mengecapi kemenangan,” katanya.