sukan

KRW terkejut KAFA digantung

Masih belum hilang keterujaan dengan pasukan baru menggantikan Kelantan FC, Kelantan Red Warrior (KRW) dikejutkan dengan isu penggantungan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Berita itu disampaikan KRW menerusi satu kenyataan rasmi malam tadi di laman sosial rasmi pasukan di Facebook.Menurut Presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan, pasukan mengambil maklum dan terkejut dengan keahlian persatuan yang digantung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Sabtu.

Bagaimanapun, Nik Hafiz berkata, situasi itu tidak memberi kesan kepada usaha dan komitmen pasukan untuk kembali ke Liga Malaysia.

“Usahasama KRW dan KAFA serta permohonan untuk bertanding dalam Liga A1 kepada Liga Bolasepak Amatur (AFL) bermula sejak sebelum digantung keahlian lagi,” katanya.

sumber:- BH

KRW turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah dan kepimpinan yang memberi komitmen penuh dalam usaha menyokong KRW.