sukan

Kecewa hadiahkan dua penalti

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui anak buahnya tidak sepatutnya memberikan dua sepakan penalti kepada Pahang yang menyaksikan impian mereka mara ke separuh akhir Piala Malaysia tidak kesampaian.

Beliau yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, kesilapan yang dilakukan pemainnya itu sepatutnya boleh dielakkan tetapi berlapang dada dengan keputusan perlawanan itu.

“Kesilapan seperti ini tidak sepatutnya berlaku terutama pada perlawanan besar (Piala Malaysia) tetapi pengalaman buat mereka untuk memberikan yang lebih baik pada perlawanan akan datang.

“Namun, mereka tidak perlu malu apabila tewas dan gagal ke separuh akhir kerana berjaya menguatkan mental terutama beraksi di depan ribuan penonton terutama penyokong tuan rumah.

“Sebenarnya saya bersyukur apabila mencatat keputusan seri 3-3 walaupun ketinggalan beberapa kali tetapi kami tewas menerusi agregat 3-4,” katanya.

sumber:- BH

Pada perlawanan malam tadi, Manuel Hidalgo melakukan hatrik pada minit kelima, m-30 dan m-45 dan manakala gol Perak, masing-masing dijaringkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor (m-9), Jesper Nyholm (m-41) dan Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil (m-54).