sukan

Kain rentang terbaik dalam sejarah – KJ

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menyifatkan tindakan segelintir penyokong bola sepak menaikkan kain rentang yang menghargai jasa Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebagai terbaik dalam sejarah peradaban bola sepak Malaysia.

Perkara itu terjadi ketika aksi terakhir peringkat Kumpulan A Piala Asean antara Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, ia seakan-akan cubaan untuk memujuk kembali Hamidin untuk terus kekal sebagai Presiden FAM dek kerana khidmatnya masih diperlukan.

“Jasa kamu di perlukan untuk bola sepak negara,” tulis di kain rentang berkenaan. Ekoran itu, ia mendapat perhatian ramai pihak termasuk KJ yang melihat itu sebagai satu langkah bersejarah buat dunia bola sepak di Malaysia.

“Kain rentang terbaik dalam sejarah kain rentang bola sepak,” tulis KJ di media sosial miliknya.Perkara itu terjadi susulan Hamidin mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya itu sekali gus bakal menyaksikan akan muncul watak baharu sebagai orang nombor satu dalam FAM nanti.

Meskipun terdapat beberapa individu dikatakan bakal bersaing untuk menjadi Presiden FAM namun sehingga kini, ia masih belum ada kata putus secara rasmi bagi pemilihan FAM yang akan berlangsung 15 Februari depan.

sumber:- HM

Untuk rekod, Hamidin dipilih menjadi Presiden FAM pada 2018 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tunku Mahkota Ismail sebelum beliau menang tanpa bertanding pada kongres pemilihan bagi penggal 2021-2025.