sukan

Bournemouth belasah Manchester United di Old Trafford

Bournemouth mencatat kemenangan bergaya apabila menewaskan Manchester United 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, malam tadi.

Kemenangan itu melonjakkan Bournemouth ke tangga kelima liga dengan 28 mata selepas 17 perlawanan, manakala United terus bergelut di tangga ke-13 dengan hanya 22 mata.

Gol Bournemouth dijaringkan oleh Dean Huijsen, Justin Kluivert, dan Antoine Semenyo dalam perlawanan yang menyaksikan United gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri.

Dean Huijsen membuka tirai jaringan pada minit ke-29 selepas menanduk masuk bola sepakan percuma Ryan Christie.Walaupun United melancarkan serangan ke kubu pertahanan Bournemouth pada penghujung separuh masa pertama, pasukan pelawat memastikan kemenangan dengan dua gol dalam tempoh dua minit awal separuh masa kedua.

Kluivert menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61 selepas Noussair Mazraoui menjatuhkan pemain sayap Belanda itu.

sumber:- BH

Dua minit kemudian, Semenyo memastikan kemenangan Bournemouth apabila melepaskan rembatan padu hasil hantaran Dango Ouattara. – REUTERS