Kedah Darul Aman melangkah gagah ke separuh akhir Piala Cabaran dengan kelebihan agregat 6-0 selepas menewaskan Kuala Lumpur Rovers 3-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.
Berbekalkan kelebihan tiga gol daripada aksi pertama di Stadium Darul Aman minggu lalu, Kedah tidak berdepan masalah untuk menambah satu lagi gol pada penghujung babak pertama yang disudahkan Hasbullah Abu Bakar pada minit ke-44.
Aiman Afif Afizul kemudian menambah kelebihan itu pada minit ke-75 sebelum Amirul Hisyam Awang Kechik melengkapkan kemenangan bergaya berkenaan dengan satu lagi gol dalam waktu kecederaan.
sumber:- stadium astro
Dengan kemenangan itu, Kedah akan bertemu PDRM bagi penentuan ke final bulan depan.