sukan

Man United ‘buru’ pengkhianat pasukan

Manchester United dilaporkan sudah melancarkan siasatan untuk mengenalpasti siapakah pemain yang membocorkan maklumat dalaman pasukan.

Pada malam minggu lalu, sebelum kemenangan ke atas seteru tetangga Man City, satu maklumat pasukan yang menyatakan Marcus Rashford dan Alejandro Garnacho tidak disenaraikan dalam skuad, didakwa dibocorkan.

Berita itu disahkan menerusi senarai rasmi pasukan kendalian Ruben Amorim yang dikeluarkan sebelum sepak mula – dengan kedua-dua penyerang United itu tidak berada dalam skuad.

Menurut laporan media antarabangsa, Garnacho dan penjaring gol Amad Diallo sudah pun disoal Amorim mengenai sama ada mereka bertanggungjawab atas kebocoran maklumat berkenaan.

Satu lagi laporan media melaporkan yang adik Garnacho, menafikan tuduhan mengenai kebocoran maklumat berkenaan di media sosial.

Bercakap selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas City, Amorim berkata: “Saya tahu mengenai berita itu. Saya tidak tahu, saya fikir mustahil untuk memperbetulkannya sekarang kerana kamu mempunyai ramai orang dalam kelab, pemain bercakap dengan ejen.

“Saya tidak tahu, kamu boleh bercakap dengan kawan, jadi ia sukar untuk dapat tahu. Ia bukan perkara yang baik tetapi adalah lebih baik untuk kita terus memikirkan yang akan datang dan lihat sekiranya mereka dapat senarai kesebelasan utama seterusnya.”

Keputusan Amorim akhirnya berbaloi dengan Red Devils berjaya menjamin kemenangan saat akhir ke atas seteru utama mereka itu.

sumber:- BH

Selepas Josko Gvardiol membuka tirai jaringan buat City, United kemudian menunjukkan kebangkitan menerusi jaringan Bruno Fernandes dan Diallo sekali gus menjamin kemenangan penting buat barisan kendalian Amorim. – AGENSI