sukan

Tindakan Aaron-Wooi Yik dapat pujian , pengadil pun jawab dengan serba salah

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menunjukkan semangat kesukanan tinggi ketika menentang gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada aksi Kumpulan B Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, Jumaat lalu.

Pasangan nombor lima dunia itu mengambil keputusan menghentikan perlawanan bagi memberi peluang kepada lawan mereka mendapatkan rawatan perubatan.

Tindakan itu dirakam dalam video yang tular di media sosial dalam kalangan peminat badminton tempatan.Video itu menyentuh hati ramai apabila kedua-dua pemain Malaysia dilihat cuba memberi ruang kepada pemain Indonesia yang kelihatan kesakitan untuk mendapatkan rawatan, walaupun berdepan peraturan baharu yang ditetapkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Berdasarkan peraturan baharu BWF, pemain tidak dibenarkan mendapatkan rawatan semasa perlawanan berlangsung.Sebaliknya, rawatan hanya boleh diberikan ketika waktu interval.

Situasi berkenaan menyaksikan salah seorang pemain Indonesia terpaksa menanggalkan kasutnya untuk menunjukkan kesakitan yang dialaminya.

Bagaimanapun, pengadil perlawanan menolak permohonan untuk rawatan perubatan, sambil menjelaskan bahawa beliau hanya mengikut peraturan yang ditetapkan.

sumber:- BH

“Saya tidak buat peraturan, saya hanya mengikutnya,” kata pengadil itu.