Beregu lelaki utama negara, Aaron-Wooi Yik, mengucapkan selamat tinggal kepada Kejohanan Badminton Final jelajah Dunia BWF selepas tewas kepada wakil Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Muhammad Reza Pahlevi Isfahani, di China sebentar tadi.
Slot ke separuh akhir Aaron-Wooi Yik hampir pasti diperoleh semalam namun keputusan wakil China, He Jiting-Ren Xiangyu yang menarik diri daripada kejohanan ekoran kecederaan membatalkan mata yang diperoleh sekaligus menyaksikan mereka memerlukan kemenangan satu set dalam aksi terakhir untuk ke peringkat kalah mati.
sumber:- stadium astro
Bagaimanapun, beregu Indonesia, yang memerlukan kemenangan untuk ke separuh akhir, memastikan peluang pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu terkubur menerusi kemenangan 21-16, 21-16.