Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi wakil pertama Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF selepas merakam kemenangan kedua dalam aksi Kumpulan B di Hangzhou, China, sebentar tadi.
Pasangan nombor lapan dunia itu meneruskan momentum mereka apabila mengatasi gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 21-17, 21-18 dalam tempoh 50 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Kemenangan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei berjaya melunaskan dendam ke atas lawan mereka selepas tewas ketika Terbuka China, September lalu.
Semalam, Tang Jie-Ee Wei membuka kempen Jelajah Dunia Akhir kali ini dengan kemenangan ke atas rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.
Dengan dua kemenangan, ia sudah menjamin tempat Tang Jie-Ee Wei di dua kedudukan teratas kumpulan untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir.
Aksi terakhir kumpulan esok menentang gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito akan membuka peluang buat pasangan negara itu muncul juara kumpulan sekiranya berjaya mencatat kemenangan ketiga berturut-turut.
Sebagai rekod, kejayaan mara ke separuh akhir kali ini memperbaiki pencapaian mereka pada edisi tahun lalu yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.
Sementara itu, Soon Huat-Shevon kembali menghidupkan peluang untuk melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan Midorikawa-Saito 21-14, 21-14 dalam tempoh 35 minit.
sumber:- BH
Soon Huat-Shevon berdepan misi wajib menang aksi terakhir kumpulan menentang Dejan-Gloria bagi mengiringi Tang Jie-Ee Wei ke kelompok empat terbaik.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More