Cabaran beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, di Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF 2024 berakhir selepas tewas berganda dalam saingan peringkat Kumpulan A di Hangzhou, China, sebentar tadi.
Wakil negara itu terpaksa akur selepas dikejutkan lawan dari India Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela dalam aksi straight set 19-21,19-21, sepanjang 46 minit perlawanan berlangsung.
Set pertama menyaksikan wakil negara bergelut dalam awal permainan tetapi hasil kerja keras mereka kembali mengejar lawan dari India itu, namun kehilangan fokus pada penghujung perminan menghukum Pearly-Thinaah untuk tewas 19-21.
Lawan di ranking ke-13 dunia itu lebih agresif menyerang dalam set kedua sekali gus menyukarkan wakil negara untuk mengheret mereka ke set penentuan dan terpaksa akur tewas buat kali di kejohanan ini tetapi kali ini dalam tempoh 46 minit.
Begitupun, semangat juang wakil negara wajar di ranking keenam dunia itu wajar diberikan pujian selepas memberikan aksi terbaiknya.
Pearly-Thinaah akan melengkapkan jadual hari ketiga di peringkat kumpulan berdepan lawan dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, esok.
sumber:- stadium astro
Sebelum ini, Pearly-Thinaah turut ditumpaskan lawan dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, dalam aksi pembukaan, semalam.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More