sukan

Piala ASEAN : Keputusan aksi Filipina berdepan Myanmar

Perlawanan kedua kumpulan B Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) 2024 menyaksikan Filipina terikat seri satu sama ke atas Myanmar di laman sendiri.

Walaupun dengan 23 percubaan dilakukan tuan rumah, mereka berhasil membuat lapan percubaan tepat ke atas Myanmar.
Namun, Myanmar terlebih dahulu berada di hadapan selepas pemain sayap mereka, Maung Maung Lwin menyumbat jaringan pertama pada minit ke-25.

sumber:- stadium astro

Di minit ke-66, Myanmar berjaya gandakan kedudukan tetapi jaringan itu tidak dikira selepas reviu dari VAR.Hanya di minit ke-72, Bjorn Martin Kristensen menyamakan kedudukan buat Filipina menerusi sepakan penalti sekaligus memaksa kedua-dua pasukan berkongsi satu mata selepas wisel penamat ditiupkan.