Melaka FC dan PDRM terikat 2-2 pada aksi pertama suku akhir kejohanan Piala Cabaran 2024 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Biarpun beraksi di Liga A1 Semi Pro, Melaka berjaya membuktikan mereka memiliki semangat kental untuk mengejutkan lawan sehingga gawang PDRM bocor pada pada minit-25 menerusi rembatan deras Durrkeswaran Ganasan bagi memecahkan kebuntuan jaringan.
Bersambung di babak kedua PDRM terus mengatur taktikal mengucar-kacirkan benteng Melaka terutama menerusi trio Ifedayo Olusegun, Muhamamad Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Muhammad Shahrel Fikri.
Sebaliknya Melaka yang kerap melakukan serang balas pantas memperolehi sepakan penalti pada minit-55 selepas Fikri Md Shah dijatuhkan penjaga gol PDRM Robson Rendy Rining.
Penyerang Melaka, Abdul Azim Rahim yang menyempurnakan jaringan kedua pasukan sekali gus meletakkan pasukan lawan tersentak.
PDRM begitupun terus berusaha untuk menembusi gawang lawan dan hasilnya muncul pada minit ke-62 menerusi jaringan Hadi Fayyadh sebelum Fakhrul Azim Mohd Zulphatah muncul wira buat pasukan apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-93.
sumber:- BH
Melaka FC dan PDRM dijadual kembali beraksi di Stadium Hang Jebat untuk aksi kedua suku akhir pada 21 Disember ini.