Beberapa media Thailand melaporkan keputusan Fergus Tierney mewakili Harimau Malaya dalam Piala ASEAN Mitubishi Eletric (AMEC) menjadi punca kontraknya bersama kelab Thai League 2, Chonburi FC, ditamatkan.
Semalam, kedengaran desas-desus bahawa Chonburi menamatkan kontrak pinjaman pemain muda itu serta-merta, yang dikatakan kerana dia tidak lagi berada dalam perancangan mereka.
Berdasarkan maklumat terbaru yang diterima wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, kontrak Fergus dikatakan ditamatkan kerana pemain itu memilih untuk mewakili Malaysia pada ketika kejohanan serantau itu berada di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Chonburi sedang bersaing dalam Thai League 2.
Menguatkan lagi spekulasi itu, satu kiriman daripada Talungballthai mendedahkan bahawa wartawan sukan terkenal negara itu, Jay Waropat, turut mengakui ia berpunca daripada keadaan itu.
“Perlu berikan kredit kepada Jay Waropat mengenai pembatalan kontrak Fergus Tierney,” tulis kiriman itu.”Setakat yang kami tahu, pemain itu memilih untuk beraksi dalam Piala ASEAN 2024 bersama Malaysia.
sumber:- stadium astro
“Ia bukan perlawanan pada hari FIFA, yang membolehkan untuk mencapai kesepakatan terbaik dengan membatalkan kontraknya.
“Anda perlu memahami pihak kelab juga. Mengapa mereka perlu berpisah? Ini kerana musim Thai Legaue 2 masih berjalan.”
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More