Teka-teki ke mana hala tuju bekas pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee akhirnya terjawab apabila beliau secara rasminya diumumkan sebagai jurulatih Persis Solo.
Perkara itu diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Persis Solo sebentar tadi dengan memaklumkan jurulatih berusia 53 tahun terbabit akan mengambil alih tugas daripada Muhammad Hanafing.
“Saya melihat ini sebagai satu peluang bersama satu kelab yang memiliki cita-cita yang cukup tinggi, di mana saya hadir bersama Persis dan memastikan semua pihak memiliki objektif yang sama,” kata Kim Swee.
Mengikut rekod, Persis Solo kini menduduki tangga tiga tercorot carta liga dengan pungutan tujuh mata selepas 11 aksi.Kim Swee secara rasmi meninggalkan tugasnya sebagai ketua jurulatih The Rhinos selepas kontraknya tamat bulan ini.
Keputusan itu diumumkannya menandakan penamat kepada tempoh 36 bulan kecemerlangannya di Kota Kinabalu sejak 2021.
Sebelum ini, terdapat juga desas desus yang mengatakan bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun negara itu akan berada dalam struktur baharu Harimau Malaya.
sumber:- HM
Di bawah bimbingannya, Sabah mencapai beberapa kejayaan penting, termasuk prestasi cemerlangnya membawa pasukan itu menamatkan Liga Super dalam kelompok tiga teratas bagi dua musim berturut-turut selain layak ke separuh akhir Zon Asean Piala AFC musim lalu.