sukan

Pau Marti Vicente mungkin terpaksa lupakan pemain idaman di Piala ASEAN

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente berkemungkinan besar tidak akan mendapat semua pemain yang diidamkan untuk menyertai Harimau Malaya bagi kempen Piala ASEAN 2024 yang akan berlangsung dari 8 Disember hingga 5 Januari depan.

Selain kejohanan itu berlangsung di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antabangsa (FIFA), pada masa sama saingan Liga Malaysia (Liga M) juga tetap berjalan.

Melihat kepada jadual Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang Kuala Lumpur (KL) City pada 8 Disember ini yang mana ia bertembung dengan aksi pertama Malaysia melawan Kemboja dalam Piala ASEAN, manakala Selangor berdepan Negeri Sembilan, 9 Disember.

Aksi ke-16 Liga Super membabitkan JDT dan Selangor berlangsung lewat berbanding beberapa pasukan lain (4 Disember) kerana kedua-dua mereka terbabit dengan saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengakui kemungkinan sukar untuk Gergasi Merah melepaskan pemain mereka terutama jika membabitkan pemain utama.

“Tengok kepada keadaan, tetapi kelihatan sukar kita nak lepaskan sebab kita ada banyak perlawanan. Malah, pemain yang dipanggil pun mungkin pemain utama,” katanya kepada BH Sukan.

Bagaimanapun terdapat petanda positif daripada beberapa pasukan lain apabila mereka tampak bersedia untuk melepaskan pemain sekiranya mendapat panggilan mewakili Harimau Malaya.

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak memaklumkan bahawa beliau mendapat makluman bahawa tiga pemainnya berada dalam senarai untuk dipanggil menyertai skuad negara.

Namun, Aidil menjelaskan beliau akan memberi komitmen 100 peratus untuk melepaskan dua pemain, manakala seorang lagi pemain tidak akan dilepaskan kerana posisinya amat diperlukan kelab.

Pengendali Perak, Yusri Che Lah menyatakan kesediaannya untuk melepaskan pemain Bos Gaurus bagi membantu skuad negara di pentas Piala ASEAN meskipun kejohanan itu di luar kalendar FIFA.

Malah, beliau menganggap mewakili negara sebagai masa atau peluang untuk pemain menunjukkan bakat mereka dan bergerak ke tahap lebih tinggi.

“Saya pernah melakukannnya di Kelantan yang mana ketika itu skuad saya lagi teruk dari sekarang. Saya melepaskan pemain seperti Nik Akif (Syahiran Nik Mat) dan Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni.

“Pada saya, apabila melihat mereka ketika ini beraksi dengan lebih baik bersama pasukan dalam Liga M, ia satu kebanggaan. Melepaskan mereka ketika itu dan menyebabkan mereka ketika ini di tahap yang berlainan,” katanya.

Sementara itu, penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim (KDN), Rezal Zambery Yahya turut senada dengan Yusri dan bersedia melepaskan pemainnya termasuk Fazrul Amir Md Zaman yang menyertai skuad negara buat kali pertama ketika aksi menentang Laos dan India, sebelum ini.

“Saya sudah bincang dengan pihak pengurusan dan pengurusan pun pada saya membenarkan untuk dia (Fazrul) kalau dia dapat panggilan untuk mewakili skuad negara. Ia penting untuk perkembangan karier pemain.

sumber:- BH

“Apa yang diperoleh bersama skuad kebangsaan nanti boleh juga membantu KDN. Jadi saya pun harap dia terpilih untuk panggilan seterusnya dan kami akan bagi kerjasama penuh bagi pasukan negara,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago