sukan

Pasangan muda Malaysia hampir beri pasangan nombor dua dunia mimpi ngeri

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, mempamerkan aksi menakjubkan walaupun terpaksa akur tewas kepada pasangan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dalam aksi rubber set, 23-21, 23-25,16-21, dalam final Kejohanan Badminton Masters China, di Shenzen, China, sebentar tadi.

Wakil muda negara bermula dengan langkah kanan dalam awal set pertama selepas mendahului dengan jurang enam mata dengan kedudukan 13-7.

Namun, beberapa kesilapan mudah pasangan muda negara itu memberikan kelebihan buat wakil tuan rumah itu untuk kembali menyamakan kedudukan tetapi ketajaman Pang Ron-Su Yin memastikan mereka meraih kemenangan 23-21 dalam set pertama.

Walaupun, wakil negara di ranking ke-23 dunia itu mempunyai peluang untuk menoktahkan kemenangan dalam set kedua selepas mendahului 22-21, tetapi mereka terpaksa akur apabila tewas 23-25 kepada pilihan pertama kejohanan itu untuk mengheret aksi ke set penentuan.

sumber:- stadium astro

Pang Ron-Su Yin cuba untuk bangkit dalam pada pertengahan set penentuan walaupun ketinggalan 5-10, tetapi wakil negara sukar menafikan pengalaman dimiliki Yan Zhe-Dong Ping selaku beregu campuran nombor dunia apabila tewas 16-21 dalam tempoh 1 jam 33 minit secara keseluruhan dalam kejohanan berstatus Super 750 itu.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago