Perjalanan gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, diteruskan apabila berjaya melangkah ke separuh akhir Masters China di Shenzhen, sebentar tadi.
Selepas pilihan keempat kejohanan itu mengharungi pertempuran 65 minit itu menewaskan pasangan di ranking ke-17 dunia, Thom Gicquel-Delphine Delrue, mereka memasuki aksi hari ini dalam perlawanan pertama bertemu pasangan tuan rumah, Guo Xin Wa-Fang Hui.
Memiliki kelebihan rekod pertemuan (1-0) ke atas pasangan China itu, Tang Jie-Ee Wei dijangka menghadirkan tentangan apabila turun beraksi di gelanggang.
Bagaimanapun, set pertama memihak Xin Wa-Fang Hui, corak permainan yang lebih kemas dan agresif di depan net untuk menang 21-14.
Ketika pasangan tuan rumah mula goyah dengan kebangkitan Tang Jie-Ee Wei, beregu negara itu terus mengorak langkah yang cukup positif, berjaya memimpin permainan 11-8.
Skrip sama berulang, dengan Tang Jie-Ee Wei lambat mencari rentak sehingga ketinggalan ketinggalan 7-14 pada satu ketika sebelum menemui jalan untuk mengejar permainan sehingga terikar 20-20.
sumber:- stadium astro
Seperti dihembus semangat baru, Tang Jie-Ee Wei berjaya mengheret permainan ke set penentuan menerusi kemenangan 23-21.
Momentum kemenangan digunakan sebagai permulaan cemerlang Tang Jie-Ee Wei dalam set penentuan, berjaya mendahului 11-8 sebelum menoktahkan kemenangan 21-16.