Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, mencipta kejutan terbesar dalam Kejohanan Badminton Masters China apabila menumbangkan beregu pilihan kedua tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, di Shenzen sebentar tadi.
Rekod di atas kertas menyaksikan perbezaan 20 anak tangga di antara beregu negara dengan lawan di ranking ketiga dunia itu dan perlawanan dalam set pertama memperlihatkan betapa mereka kerap ketinggalan sebelum tewas 16-21.
Bagaimanapun, Pang Ron dan Yu Sin mempamerkan semangat juang luar biasa dalam set kedua untuk menekan lawan secara berterusan dan ketika mendahului 10-9, mereka memperoleh lapan mata berturut-turut untuk jauh meninggalkan jaguh China itu di kedudukan 18-9 sebelum menang 21-14.
Aksi sengit itu berterusan dalam set ketiga dan biarpun pasangan negara itu memperoleh sedikit keselesaan di kedudukan 13-9 mereka membenarkan lawan mengikat 13-13 dan selepas itu, kedua-dua beregu hanya dibezakan satu mata sehingga ke kedudukan 19-19.
sumber:- stadium astro
Pang Ron dan Su Yin ternyata memiliki ketenangan untuk memenangi dua mata terakhir untuk menempah tempat ke suku akhir dengan kemenangan 21-19 selepas secara keseluruhan bertarung selama 51 minit.Menanti mereka bagi penentuan ke separuh akhir esok ialah beregu Taiwan, Chen Cheng Kuan-Hsu Yin Hui.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More