Benarkah corak permainan ‘Nafuzi Ball’ akan menjadi identiti baru dalam permainan skuad Harimau Muda negara?
Persoalan itu timbul selepas berlegar khabar angin yang mengaitkan Nafuzi Zain sebagai pengendali baharu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara.
Nafuzi ketika ini masih lagi membimbing pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Super.
Begitupun, masalah tunggakan gaji yang melanda KDA FC ketika ini mungkin bakal mendorong Nafuzi untuk melangkah keluar dengan mencari haluan baharu.
Ketika ditanya oleh wartawan Arena Metro yang membuat liputan ketika sesi latihan pasukan KDA FC di Kedah semalam, bekas jurulatih Terengganu FC (TFC) itu memilih untuk mengunci mulut.
Nafuzi enggan mengulas lanjut dan hanya mahu memberi tumpuan kepada pasukannya yang akan turun menentang Kuala Lumpur City FC dalam aksi pertama saingan 16 terbaik Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.
Jika benar Nafuzi berpindah ke Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ia pastinya bakal memberi nafas baru kepada corak permainan skuad B-23 negara selepas ini.
sumber:- HM
Nafuzi cukup dikenali dengan taktikal menarik menerusi hantaran pendek dan pantas, sekali gus membawa dimensi baru dalam permainan pasukan negara.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More